Monday 31 December 2012

Family Day 2012

Alahamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar walaupun sejam tertangguh kerana hujan pada waktu pagi. Antara agenda yang telah di bincangkan;

  1. Perlantikan AJK 2013
  2. Konvoi ke Port Dickson (PD)
  3. Rombongan ke Kelantan
  4. Pakaian Rasmi CMMC
  5. Kewangan berakhir 2012
  6. Aktiviti gotong royong pada 27/Jan @ 3hb/Feb
  7. Pungutan derma Gaza
Hanya gambar sahaja yang dapat menceritakan perjalanan Hari Keluarga CMMC 2012 ini.

Ketibaan para jemputan.
Hujan tidak mematahkan semangat CMMC untukm meneruskan majlis

Penerimaan Tag Rasmi CMMC

Mesyuarat Santai untuk Aktiviti terdekat.
Tak boleh nak duduk sebab baru lepas hujan

Mencatat minit mesyuarat oleh setiausaha

Kaum hawa dan anak-anak yang hadir

Bergambar bersama banner pertama CMMC


Antara ahli CMMC 2012 yang hadir

Friday 14 December 2012

Mengeteh 15hb Dec 9:00pm

Pre-meeting untuk Hari Keluarga akan di adakan seperti di bawah;

Tarikh, Hari dan Masa : 15hb Dec 2012, Sabtu, 9:00pm
Tempat : Restoran Nasi Ayam Gemas, bersebelahan Tesco Cheng.

Lokasi peta sepeti di bawah;


Lihat Peta yang Lebih Besar

Agenda yang akan dibincangkan;
1. Menu pada hari keluarga.
2. Design T-shirt dan Kemeja CMMC.
3. Banner yang akan digunakan pada tahun 2013.
4. Ahli-ahli yang baru menyertai CMCC.
5. Lain-lain perkara yang berbangkit.

Semua ahli dan bakal ahli dijemput hadir (jika ada kelapangan)

Disebabkan lokasi tiada access wifi, setiausaha akan menyediakan Wi-fi percuma untuk ahli ber-online


-Setiausaha-

Thursday 13 December 2012

Design Baju

Antara design yang disyorkan


Kemeja Rasmi 1

Kemeja Rasmi II

T-Shirt Berkolar

Tuesday 11 December 2012

Banner CMMC 2013

Berikut adalah beberapa design untuk Banner yang akan digunakan oleh CMMC sepanjang tahun 2013.





*Gambar barisan kereta yang menggunakan sticker lama adalah ehsan dari gambar semasa mesyuarat penaja tahun 2005.

Pemilihan banner masih dalam proses.

Hari Keluarga 2012 - 30/12/2012

Hari Keluarga CMMC 2012 akan di adakan seperti di bawah;

Hari dan Tarikh : Ahad, 30hb December 2012
Masa : 9:00am - 2:00petang
Tempat : Pantai Puteri, Melaka
Bayaran : RM10 untuk satu keluarga.

Aktiviti yang di rancang;
08:30am - Ketibaan ahli
09:30am - Ketibaan VIP dan Majlis Penyerahan Tag CMMC
10:00am - Minum pagi
10:30am - Pengenalan Ahli Rasmi
11:00am - Perlantikan AJK Penggerak 2013
11:30am - Ucapan AJK Tertinggi Penggerak 2013
12:00pm - Meeting perkara berbangkit
01:00pm - Makan Tengahari
02:00pm - Aktiviti keluarga masing-masing (mandi, camping)
03:00pm - Bersurai

Di jangkakan seramai 30 orang termasuk ahli keluarga (dewasa) akan menghadiri majlis ini.
Jemputan VIP juga akan di buat untuk majlis penyerahan rasmi Tag CMMC.

Ahli keluarga juga di jemput hadir bagi memeriahkan Hari Keluarga ini.

Jumpa di sana.

-setiausaha-
beliacmmc@gmail.com

Monday 26 November 2012

Jemputan 02/12/2012

Seperti yang di putuskan oleh sidang santai pada sabtu 24hb lepas, sila hadirkan diri ke Majlis Perkahwinan salah seorang ahli kelab CMMC, En Johari.

Sila berkumpul di Stadium Hang Jebat sebelum berkonvoi ke tempat majlis di Felda Bukit Senggeh seperti berikut;

Tarikh dan masa berkumpul : Ahad 2hb Dec 2012 11:30pagi - 12:00tghari
Tempat : Stadium Hang Jebat.

Lokasi seperti di peta di bawah.


Lihat Peta yang Lebih Besar


Sekian terima kasih

Lepak-lepak 01/12/2012

Seperti yang di putuskan pada sidang santai sabtu 24hb lepas, sila berkumpul pada malam minggu seperti tarikh dan tempat di bawah.

Tarikh dan masa : Sabtu 1hb Dec 2012 9:30malam
Tempat : Tempat Letak Kereta berhadapan Melaka Perfect Condo, Klebang
               (Tapak Bazaar Ramadhan Klebang)

Sila lihat pada peta di bawah.


Lihat Peta yang Lebih Besar

Sila hubungi AJK terdekat anda untuk pertanyaan lanjut.

Meeting 24/11/2012

Seperti yang di tetapkan, kehadiran ahli seramai 15orang pada Sidang Santai yang di adakan pada Sabtu 24hb Dec 2012 dalam suasana santai. Antara perkara yang di lakukan adalah,

1. Penyerahan "tag" CMMC kepada ahli yang sudah berdaftar dan membayar yuran.

Contoh tag yang telah di edarkan


2. Aktiviti terdekat yang bakal di adakan;
      i. Aktiviti malam minggu pada Sabtu 1hb Dec 2012
     ii. Berkonvoi ke Majlis Raja Sehari En Johari pada Ahad 2hb Dec 2012.

3. Kutipan kilat untuk Hadiah pada Majlis Raja Sehari En Johari.

Terima kasih di atas kehadiran tuan-tuan ke sidang sidang santai di Warong kelantan bersebelahan Cowboy Cheng.

Friday 23 November 2012

Perubahan Meeting 24/11/2012

Atas permintaan ramai, tempat berubah seperti di bawah;


Lihat Peta yang Lebih Besar

Kedai kelantan bertentangan cowboy cheng. Juga bertentangan dengan kedai tayar silverstone.
Masa pula di awalkan satu jam iaitu pada pukul 3:00ptg.

Jumpa di sana ya.

Penukaran Header Blog

Header blog di bawah akan di tukar ke header baru kerana CMMC tidak lagi bergerak secara bersendirian kerana kami sebulat suara akan bergerak di bawah Pertubuhan Belia 4B cawangan Rumah Awam 2, Bukit Rambai kerana aktiviti di dalam pertubuhan ini amatlah aktif.
 
 
Semua ahli yang berdaftar di bawah CMMC secara automatik akan di serapkan sebagai ahli pertubuhan belia ini.

-setiausaha-

Thursday 22 November 2012

Mesyuarat 24/11/2012

Mesyuarat akan di adakan seperti di bawah;

Tempat : Restoran Nasi Ayam Singapore, Krubong
Masa dan Tarikh : 4:00ptg 24hb Nov 2012
Agenda : Perkara yang masih berbangkit pada mesyuarat yang lepas. Sebahagian tag akan diserahkan pada ahli yang berkenaan.

Kehadiran di wajibkan pada AJK tertinggi. Mana-mana ahli lain di galakkan hadir.

*Makan minum tanggung sendiri ya.

Jumpa di sana


Lihat Peta yang Lebih Besar



-Setiausaha-

Monday 12 November 2012

Perjumpaan bakal Adun Klebang

Disebabkan CMMC bergerak di bawah Pertubuhan Belia 4B Bukit Rambai yang mempunyai aktiviti yang terlalu padat, maka pada 10hb Nov 2012 pengerusi belia telah menemukan CMMC dengan bakal YB Adun Klebang, Mr Lim.
 
Pertemuan yang berlansung dengan suasana santai di sebuah restoran Kampung Tengah, Bukit Rambai di hadiri hampir 20 orang ahli CMMC. Ia bermula pada pukul 10malam dan berakhir pada 12:00tgh malam. Antara agenda yang di bincangkan adalah;
 
1. Aktiviti yang bakal di ceburi oleh CMMC dengan meminta kehadiran YB Lim di setiap aktiviti.
2. Permohonan tajaan untuk aktiviti CMMC.
2. Lain-lain agenda untuk pembangunan di DUN Klebang.
 
Pada malam itu, penyerahan sticker CMMC pada ahli-ahli juga diadakan.

Majlis penyerahan stiker CMMC oleh YB Lim
 
 
Saya sebagai wakil dari CMMC mengucapkan ribuan terima kasih di atas luangan masa YB Lim untuk hadir dalam perjumpaan CMMC pada kali ini. Juga pada rakan ahli yang lain.
 
-setiausaha-
 

Wednesday 31 October 2012

Tag

Berdasarkan pemilihan ahli lama dulu, tag di bawah di jadikan tag rasmi.

Tag Lama

Itu dulu, sekarang ahli baru telah bermesyuarat untuk memilih tag baru tap tak dikemukakan designnya lagi. Jadi sekarang di blog ini dikemukakan beberapa design tag untuk di pilih semula.



So yang mana satu pilihan ramai?

Monday 29 October 2012

Minit Mesyuarat 28/10/2012

Seperti pengumuman sebelum ni, mesyuarat telah diadakan pada hari yang di janjikan.


1. Kehadiran 10 orang;  Nasir, Shahril, Hafiz, Anuar, Jeffri, Batman, Bang Sepul, Cicak, Helman, Aqram


2. Yuran RM720 dari 12 orang (RM60 seorang) telah diterima untuk menggerakkan kelab.


3. Perkara yang di bincangkan,

3.1. Pendaftaran Kelab akan dibuat dengan mendaftarkan dahulu di bawah Pertubuhan Belia 4B cawangan Bukit Rambai dengan nama AJK. Ini untuk memudahkan saluran kewangan dan pergerakan kelab dengan secara rasmi dan teratur.

3.2. Aktiviti terdekat adalah "membersihkan kawasan pantai klebang"

3.3. Perjumpaan dengan bakal Adun Klebang, En Lim

3.4. Perkara berbangkit.

Mensyuarat di tunda pada pukul 5:00ptg.

Wednesday 24 October 2012

Pengumuman - Mesyuarat 28/10/2012

PENGUMUMAN

Mesyuarat ahli akan di adakan seperti berikut.

Tempat : Balai Raya Kampung Tanjung Minyak
Tarikh : Ahad 28hb Oktober 2012
Masa : 2:30ptg - 5.00ptg

Semua ahli dan bakal ahli di jemput hadir untuk pendaftaran ahli secara rasmi.

Jumpa anda di sana.

Tuesday 9 October 2012

Daftar Kelab Part II

Setelah mentelaah akta dan undang-undag terbaru berkenaan dengan Pertubuhan kami, terdapat percanggahan di antara Kelab Belia dan Pertubuhan.
 
Maka dengan ini kami akan bergerak di bawah naungan Pertubuhan Belia 4B bahagian Bukit Rambai di mana AJK kami akan di letakkan di bawah Skuad bermotor dan di namakan AJK Penggerak.
 
Secara automatiknya semua ahli yang berdaftar di bawah kelab ini akan berdaftar di bawah Pertubuhan Belia 4B Bkt Rambai. Seperti yang di maklumkan oleh tuan pengerusi pertubuhan, setiap ahli perlu hadir semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

Pendaftaran Kelab Part I

Pada hari Isnin 8hb October, setiusaha (SU) telah menggerakkan agenda yang telah di bincangkan. Antaranya,
 
 
1. Pendaftaran Kelab di Pejabat Pendaftar.
 
Selepas 8 tahun berlalu, kali ini kehadiran SU ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) adalah untuk mendapatkan borang pendaftaran pertubuhan baru. Tetapi SU telah mendapat berita yang mengujakan. Antaranya pejabat pendaftar telah memberitahu mulai 1hb Julai 2012 semua pendaftaran boleh di lakukan secara atas talian (online). Tidak lagi perlu menghantar borang secara by hand atau pos.

Pendaftaran online boleh di lakukan dengan melawati laman sesawang http://www.eroses.gov.my/.


Di situ SU perlu mendaftarkan sebagai pengguna baru untuk mendapatkan ID dan kata laluan. Seterusnya mengikuti segala prosedure dan langkah untuk mendaftarkan kelab.
 
Antara lain kelebihan mendaftar secara atas talian ialah;
  1. JPPM telah menyediakan 2 pilihan untuk perlembagaan pertubuhan baru. Samada perlembagaan boleh di buat sendiri atau menggunakan format dari JPPM di mana SU hanya perlu mengisi tempat kosong.
  2. Sebelum padaftaran atas talian ini, pertubuhan baru perlu membatalkan setem hasil sebanyak RM30 tetapi kali ini pembayaran boleh di buat terus dengan menggunakan samada Maybank2u atau CIMB Cliks.
  3. Pendaftaran baru hanya memerlukan masa 5 hari bekerja untuk di proses. Sebelum ini perndaftaran kelab kami mengambil masa selama 9 bulan!
  4. Sijil secara e-certificate akan di kemukan dari eroses.gov selepas pendaftaran di luluskan.
SU ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pejabat JPPM kerana mempertingkatkan urusan pengguna dengan JPPM. Kini segala urusan boleh di lakukan tanpa perlu keluar dari tempat kerja atau terpaksa meluangkan masa cuti untuk urusan rasmi yang menjadi masalah pada SU sejak sekian lama.
 
 
2. Pendaftaran SSM untuk anak syarikat sementara
 
Pada hari yang sama, SU telah ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan syarikat sementara bagi kelab dalam menguruskan urusan jual beli cenderamata dan pakaian kelab. Maka CMMC Resources telah di daftarkan dengan no pendaftaran MA0175305-T dengan bayaran RM60 selama 5 tahun.
 
 
 
Harapan kami kelab kami akan terus maju dan aktif di dalam Negeri Melaka.

Selepas ini SU kena meluangkan masa untuk membuka akaun syarikat CMMC Resources.

-Setiausaha-

Monday 8 October 2012

Mesyuarat Penaja 7/10/2012

Assalamualaikum,
 
Alhmadulillah, mesyuarat Penaja pada hari Ahad 7hb October 2012 telah berjalan dengan lancar. Pada mulanya sasaran kehadiran seramai 30 orang tetapi kehadiran sebenar seramai 17 orang menunjukkan kelab kami mempunyai daya penarik tersendiri.
 

17 ahli yang hadir


Majlis telah di pengerusikan oleh saya sendiri pada pukul 11:30pagi dan membincangkan agenda-agenda yang berkenaan;
 
1. Mesyuarat penaja.
2. Status kewangan terkini
3. 10 orang AJK tertinggi untuk pendaftaran kelab
4. Stiker kereta
5. Akaun sementara kelab untuk pungutan dari ahli
6. Borang pendaftaran
7. Mesyuarat akan datang
8. Status ahli lama dan baru dan
8. Lain-lain hal yang berbangkit
 

AJK Penaja adalah seperti berikut;

Pengerusi : HELMAN
Naib Pengerusi : HAIRUL AFFENDY
Bendahari : MOHAMAD SHAHRIL
Setiausaha : MOHAMAD NASIR
AJK :
1. SULTAN (MAXELL)
2. RIZAL (TKR)
3. AZIZI (PORSHELL)
4. NORAZLAN (SUNPOWER)
5. ANUAR (PRDM)
6. SAIFUL (PRDM)


Majlis di akhiri dengan jamuan makan tengahari yang di biayai oleh kewangan dari kelab terdahulu. Majlis berakhir pada pukul 2:00ptg.

-Setiausaha-

Monday 1 October 2012

Perjumpaan AJK Tertinggi

Assalamualaikum,
 
Nampaknya kelab ini hampir terkubur setelah sekian lama. Jadi sudah lama juga kami tidak beraktiviti atas nama kelab. Atas menaikkan semula nama kelab, kami anggota lama telah pun bertindak semula dengan mengadakan perjumpaan tertutup di antara ahli lama dan ahli baru yang berpotensi untuk menaikkan nama kelab.
 
Perjumpaan tersebut telah berlansung dengan suasana santai berdasarkan maklumat berikut.
 
Tarikh dan masa : 29hb September 2012, 10 malam.
Tempat : Restoran Nasi Ayam Gemas, Cheng
Ahli lama yang hadir : Nasir, Shahril, Fendi, Sultan, Man Kodok,
Ahli baru yang hadir : Hafiz, Rahim dan Aina (ni anak aku, haha)
 
Antara agenda yang di bincangkan,
 
1. Aktiviti lama dan imbas kembali sejarah kelab dari zaman kelab tak rasmi sehingga perjumpaan terakhir berbuka puasa di Hotel Naza tahun 2008.
2. Aktiviti baru yang bakal di jalankan berserta hala tuju kelab baru yang bakal di buka semula.
3. Status kewangan terakhir yang menunjukkan kelab mempunyai baki berjumlah RM 414.50. RM 16 telah di belanjakan untuk aktiviti santai pada malam tersebut.
4. Penerangan mengenai AJK tertinggi kelab yang merangkumi Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari selain dari 6 orang AJK.
5. Urusan rasmi berkenaan pendaftaran kelab baru dengan Pejabat Pendaftar dan pembukaan akaun kelab.
6. Sticker kereta.
 
Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 1:00pagi dengan menyetujui bahawa mesyuarat penaja bakal di adakan di sebuah rumah ahli berdasarkan maklumat berikut,
 
Tempat : Rumah kodok, Taman Bukit Rambai
Tarikh dan masa : Ahad 2:00ptg, 7hb October 2012.
Kehadiran : Semua yang berminat.

Jamuan ringan disediakan.
 
Setiausaha.

Thursday 27 September 2012

Borang Pendaftaran

Bagi yang ingin mendaftarkan diri menjadi Ahli CMMC, di sini disertakan borang rasmi. Bayaran RM60 (RM30 pendaftaran dan RM30 tahunan) perlu disertakan ketika borang di beri pada individu yang di lantik.
 
Pastikan segala maklumat dan data yang diberikan adalah lengkap. Jawatankuasa CMMC berhak untuk menolak borang pendaftaran yang tidak lengkap tanpa sebarang notis.
 

Setiausaha

Wednesday 26 September 2012

Senarai Ahli 2008

Sehingga tahun 2008, secara rasminya jumlah ahli berdaftar kami seramai 25 orang seperti berikut;



Oleh kerana pada tahun ini, terdapat beberapa orang yang ingin melihat Kelab kembali aktif, maka pertambahan ahli akan berlaku. Akan dikemaskini selepas mesyuarat yang akan datang.

Setiausaha.

Undang-Undang Kelab

Buku Undang-Undang Kelab CMMC
 
 
Dalam setiap pertubuhan berdaftar adalah wajib untuk mempunyai Undang-Undang Kelab sendiri. Maka KELAB kami juga mempunyai undang-undang sendiri yang mempunyai 17 Fasal. Antara fasal-fasal tersebut adalah mengenai Tujuan/Matlamat penubuhan, Keahlian, Pendaftaran, Mesyuarat dan lain-lain.

Berdasarkan Fasal 5 (4) Undang-Undang KELAB

             "Ahli yang telah diluluskan permohonannya, dikehendaki memahami dan mematuhi undang-undang Kelab ini setelah diberikan senaskah undang-undang"

maka keseluruhan undang-udang tersebut tidaklah dapat di paparkan di sini. Tetapi untuk tujuan lain kami sertakan sedikit maklumat berikut.
 
 
Fasal 5 : KEAHLIAN
(1) Keahlian Kelab ini terdiri dari dua (2) kategori;

(a) Ahli Biasa terbuka terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan tinggal di negeri Melaka, mempunyai lesen memandu yang sah dan memiliki kenderaan sahaja. Ahli Biasa mempunyai hak bersuara, mengundi dan bertanding di dalam Mesyuarat Agung Kelab.

(b) Ahli Bersekutu terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Ahli Bersekutu tidak berhak untuk mengundi dan diundi untuk memegang jawatan di dalam Kelab.


Fasal 6 : BAYARAN PENDAFTARAN, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran yuran yang perlu dijelaskan oleh Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu adalah seperti berikut ;

Yuran Pendaftaran  : RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja)
Yuran Tahunan   : RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja)

Kalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sertailah kelab kami.

Setiausaha.

Aktiviti Riadah 2008

Selepas beberapa tahun berlalu, disebabkan ramai ahli yang tidak aktif dan adanya kemasukan ahli baru, kami telah mencadangkan agar satu sessi pengumpulan semula ahli-ahli kelab. Maka kami telah mengadakan satu sessi riadah bersempena juga tahun baru 2008.
 
Lokasi : Tanjung Bidara, Melaka
Tarikh : 1hb January 2008
 
Berkumpul di Sungai Udang dulu

Acara makan-makan - barbeque
Acara brainstorming untuk mesyuarat akan datang

Sesungguhnya kami semua merindui saat-saat kami bersama-sama.

Setiausaha

Sijil Pendaftaran 2005

Atas usaha sebagai pasukan perintis dan dengan berbekalkan semangat pasukan untuk melihat kelab kenderaan kami pergi lebih jauh, kami telah pun mendaftarkan kelab kami berdasarkan Syeksen 7 Akta Pertubuhan 1966. Maka pada 28hb April 2005 kelab kami telah didaftarkan di Pendaftaran Pertubuhan Melaka sebagai nama "KELAB PEMOTORAN C-RIOUS, MELAKA" bernombor pendaftaran 0760-05-8.

Sesungguhnya banyak yang kami tempuh sepanjang perjalanan untuk menjadikan Kelab kami sebagai pertubuhan rasmi. Bayangkan dari Julai 2004 hingga April 2005, selama 9 bulan kami berusaha berhempas pulas, akhirnya penat jerih kami berbaloi dengan adanya sekeping sijil ini.
 
Sijil Rasmi Kelab
 Setiausaha

Mesyuarat Penaja 2004

Sebahagian gambar yang di ambil pada mesyuarat penaja penubuhan kelab pada tahun 25hb Julai 2004 lokasi di Balai Raya Taman Rambai Utama.

10buah kenderaan pasukan perintis yang hadir.
Kelihatan setiap kereta mengunakan logo tidak rasmi sebelum di cabut selepas selesai mensyuarat penaja
 
Antara ahli perintis yang hadir. Di tika ini juga ada yang menarik diri kerana komitmen yang lain
 Setiausaha

Kata-kata Aluan

Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, dengan rahmat dan kurnianya, hari ini CMMC telah mewujudkan satu blog rasmi untuk segala maklumat dan aktiviti yang telah dan bakal di adakan.
 
Harapan kami, dengan sokongan ahli dan anda sekalian, semoga CMMC terus maju dan aktif untuk masa-masa akan datang.

Yang benar
Setiausaha CMMC.