Wednesday 31 October 2012

Tag

Berdasarkan pemilihan ahli lama dulu, tag di bawah di jadikan tag rasmi.

Tag Lama

Itu dulu, sekarang ahli baru telah bermesyuarat untuk memilih tag baru tap tak dikemukakan designnya lagi. Jadi sekarang di blog ini dikemukakan beberapa design tag untuk di pilih semula.



So yang mana satu pilihan ramai?

Monday 29 October 2012

Minit Mesyuarat 28/10/2012

Seperti pengumuman sebelum ni, mesyuarat telah diadakan pada hari yang di janjikan.


1. Kehadiran 10 orang;  Nasir, Shahril, Hafiz, Anuar, Jeffri, Batman, Bang Sepul, Cicak, Helman, Aqram


2. Yuran RM720 dari 12 orang (RM60 seorang) telah diterima untuk menggerakkan kelab.


3. Perkara yang di bincangkan,

3.1. Pendaftaran Kelab akan dibuat dengan mendaftarkan dahulu di bawah Pertubuhan Belia 4B cawangan Bukit Rambai dengan nama AJK. Ini untuk memudahkan saluran kewangan dan pergerakan kelab dengan secara rasmi dan teratur.

3.2. Aktiviti terdekat adalah "membersihkan kawasan pantai klebang"

3.3. Perjumpaan dengan bakal Adun Klebang, En Lim

3.4. Perkara berbangkit.

Mensyuarat di tunda pada pukul 5:00ptg.

Wednesday 24 October 2012

Pengumuman - Mesyuarat 28/10/2012

PENGUMUMAN

Mesyuarat ahli akan di adakan seperti berikut.

Tempat : Balai Raya Kampung Tanjung Minyak
Tarikh : Ahad 28hb Oktober 2012
Masa : 2:30ptg - 5.00ptg

Semua ahli dan bakal ahli di jemput hadir untuk pendaftaran ahli secara rasmi.

Jumpa anda di sana.

Tuesday 9 October 2012

Daftar Kelab Part II

Setelah mentelaah akta dan undang-undag terbaru berkenaan dengan Pertubuhan kami, terdapat percanggahan di antara Kelab Belia dan Pertubuhan.
 
Maka dengan ini kami akan bergerak di bawah naungan Pertubuhan Belia 4B bahagian Bukit Rambai di mana AJK kami akan di letakkan di bawah Skuad bermotor dan di namakan AJK Penggerak.
 
Secara automatiknya semua ahli yang berdaftar di bawah kelab ini akan berdaftar di bawah Pertubuhan Belia 4B Bkt Rambai. Seperti yang di maklumkan oleh tuan pengerusi pertubuhan, setiap ahli perlu hadir semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

Pendaftaran Kelab Part I

Pada hari Isnin 8hb October, setiusaha (SU) telah menggerakkan agenda yang telah di bincangkan. Antaranya,
 
 
1. Pendaftaran Kelab di Pejabat Pendaftar.
 
Selepas 8 tahun berlalu, kali ini kehadiran SU ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) adalah untuk mendapatkan borang pendaftaran pertubuhan baru. Tetapi SU telah mendapat berita yang mengujakan. Antaranya pejabat pendaftar telah memberitahu mulai 1hb Julai 2012 semua pendaftaran boleh di lakukan secara atas talian (online). Tidak lagi perlu menghantar borang secara by hand atau pos.

Pendaftaran online boleh di lakukan dengan melawati laman sesawang http://www.eroses.gov.my/.


Di situ SU perlu mendaftarkan sebagai pengguna baru untuk mendapatkan ID dan kata laluan. Seterusnya mengikuti segala prosedure dan langkah untuk mendaftarkan kelab.
 
Antara lain kelebihan mendaftar secara atas talian ialah;
  1. JPPM telah menyediakan 2 pilihan untuk perlembagaan pertubuhan baru. Samada perlembagaan boleh di buat sendiri atau menggunakan format dari JPPM di mana SU hanya perlu mengisi tempat kosong.
  2. Sebelum padaftaran atas talian ini, pertubuhan baru perlu membatalkan setem hasil sebanyak RM30 tetapi kali ini pembayaran boleh di buat terus dengan menggunakan samada Maybank2u atau CIMB Cliks.
  3. Pendaftaran baru hanya memerlukan masa 5 hari bekerja untuk di proses. Sebelum ini perndaftaran kelab kami mengambil masa selama 9 bulan!
  4. Sijil secara e-certificate akan di kemukan dari eroses.gov selepas pendaftaran di luluskan.
SU ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pejabat JPPM kerana mempertingkatkan urusan pengguna dengan JPPM. Kini segala urusan boleh di lakukan tanpa perlu keluar dari tempat kerja atau terpaksa meluangkan masa cuti untuk urusan rasmi yang menjadi masalah pada SU sejak sekian lama.
 
 
2. Pendaftaran SSM untuk anak syarikat sementara
 
Pada hari yang sama, SU telah ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan syarikat sementara bagi kelab dalam menguruskan urusan jual beli cenderamata dan pakaian kelab. Maka CMMC Resources telah di daftarkan dengan no pendaftaran MA0175305-T dengan bayaran RM60 selama 5 tahun.
 
 
 
Harapan kami kelab kami akan terus maju dan aktif di dalam Negeri Melaka.

Selepas ini SU kena meluangkan masa untuk membuka akaun syarikat CMMC Resources.

-Setiausaha-

Monday 8 October 2012

Mesyuarat Penaja 7/10/2012

Assalamualaikum,
 
Alhmadulillah, mesyuarat Penaja pada hari Ahad 7hb October 2012 telah berjalan dengan lancar. Pada mulanya sasaran kehadiran seramai 30 orang tetapi kehadiran sebenar seramai 17 orang menunjukkan kelab kami mempunyai daya penarik tersendiri.
 

17 ahli yang hadir


Majlis telah di pengerusikan oleh saya sendiri pada pukul 11:30pagi dan membincangkan agenda-agenda yang berkenaan;
 
1. Mesyuarat penaja.
2. Status kewangan terkini
3. 10 orang AJK tertinggi untuk pendaftaran kelab
4. Stiker kereta
5. Akaun sementara kelab untuk pungutan dari ahli
6. Borang pendaftaran
7. Mesyuarat akan datang
8. Status ahli lama dan baru dan
8. Lain-lain hal yang berbangkit
 

AJK Penaja adalah seperti berikut;

Pengerusi : HELMAN
Naib Pengerusi : HAIRUL AFFENDY
Bendahari : MOHAMAD SHAHRIL
Setiausaha : MOHAMAD NASIR
AJK :
1. SULTAN (MAXELL)
2. RIZAL (TKR)
3. AZIZI (PORSHELL)
4. NORAZLAN (SUNPOWER)
5. ANUAR (PRDM)
6. SAIFUL (PRDM)


Majlis di akhiri dengan jamuan makan tengahari yang di biayai oleh kewangan dari kelab terdahulu. Majlis berakhir pada pukul 2:00ptg.

-Setiausaha-

Monday 1 October 2012

Perjumpaan AJK Tertinggi

Assalamualaikum,
 
Nampaknya kelab ini hampir terkubur setelah sekian lama. Jadi sudah lama juga kami tidak beraktiviti atas nama kelab. Atas menaikkan semula nama kelab, kami anggota lama telah pun bertindak semula dengan mengadakan perjumpaan tertutup di antara ahli lama dan ahli baru yang berpotensi untuk menaikkan nama kelab.
 
Perjumpaan tersebut telah berlansung dengan suasana santai berdasarkan maklumat berikut.
 
Tarikh dan masa : 29hb September 2012, 10 malam.
Tempat : Restoran Nasi Ayam Gemas, Cheng
Ahli lama yang hadir : Nasir, Shahril, Fendi, Sultan, Man Kodok,
Ahli baru yang hadir : Hafiz, Rahim dan Aina (ni anak aku, haha)
 
Antara agenda yang di bincangkan,
 
1. Aktiviti lama dan imbas kembali sejarah kelab dari zaman kelab tak rasmi sehingga perjumpaan terakhir berbuka puasa di Hotel Naza tahun 2008.
2. Aktiviti baru yang bakal di jalankan berserta hala tuju kelab baru yang bakal di buka semula.
3. Status kewangan terakhir yang menunjukkan kelab mempunyai baki berjumlah RM 414.50. RM 16 telah di belanjakan untuk aktiviti santai pada malam tersebut.
4. Penerangan mengenai AJK tertinggi kelab yang merangkumi Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari selain dari 6 orang AJK.
5. Urusan rasmi berkenaan pendaftaran kelab baru dengan Pejabat Pendaftar dan pembukaan akaun kelab.
6. Sticker kereta.
 
Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 1:00pagi dengan menyetujui bahawa mesyuarat penaja bakal di adakan di sebuah rumah ahli berdasarkan maklumat berikut,
 
Tempat : Rumah kodok, Taman Bukit Rambai
Tarikh dan masa : Ahad 2:00ptg, 7hb October 2012.
Kehadiran : Semua yang berminat.

Jamuan ringan disediakan.
 
Setiausaha.