Tuesday 5 February 2013

Tempahan T-Shirt Pertama

Alhamdulillah,
 
Semalam tuan Presiden, Bendahari dan Ahli yang lain telah menempah T-shirt kelab yang berharga RM25 sehelai. Jumlah tempahan adalah 37helai. Dijangkakan tempahan akan siap untuk diambil pada penghujung bulan ini. Diharap dengan kehadiran T-shirt kelab ini akan menyemarakkan lagi semangat di kalangan ahli CMMC.
 
 
Tempahan seterusnya adalah Kemeja Rasmi CMMC yang berharga dalam lingkungan RM55.

Monday 4 February 2013

Akaun Kelab CMMC

Assalamu'alaikum.
 
Akaun semasa kelab telah pun dibuka dengan pendaftaran ke atas CMMC Resources. Berikut adalah maklumat akaun.
 
Nama Akaun : CMMC Resources.
Bank : CIMB
No Akaun : 0415 0001055 109  
Penandatangan Cek : Setiausaha
 
Bendahari hanya boleh memegang sejumlah wang sebanyak RM300 sahaja pada setiap masa. Selebihnya akan dimasukkan ke dalam akaun kelab.
 
Kehadiran akaun  kelab ini untuk memudahkan proses pembayaran dan kemasukan jika kelab mendapat dana. Ini juga untuk memudahkan ahli kelab membuat pembayaran secara deposit machine jika tidak dapat membayar secara hantaran tangan (by hand). Sila simpan segala resit untuk rujukan.
 
Diharap dengan kehadiran akaun semasa ini akan dapat melancarkan perjalanan kelab CMMC.
 
Harap maklum.