Assalamualaikum,
AJK dan Ahli-ahli telah bermesyuarat santai pada 13/01/2012 dan telah memutuskan perkara berikut;
Yuran Bulanan RM10
Setiap ahli di wajibkan untuk membayar RM10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) pada setiap bulan bermula pada bulan Februari 2013. Ini untuk memudahkan perjalanan aktiviti Kelab dari masa ke semasa. Ahli yang GAGAL membayar yuran bulanan ini secara 3 bulan berturut-turut, akan diberi surat amaran. Jika pada bulan ke empat (4) masih gagal untuk membayar yuran bulanan yang tertunggak, ahli tersebut secara automatik akan digugurkan dari Kelab.
Sumbangan Kelab kepada ahli.
Beberapa sumbangan kepada ahli kelab akan dibuat berdasarkan peristiwa berikut;
Kematian ahli keluarga; adik beradik, ibu atau bapa ahli Kelab
Kelahiran anak ahli kelab
Majlis perkahwinan ahli kelab
Yuran Tahunan RM30 bagi tahun 2013
Ahli perlu membayar RM30 untuk yuran tahunan bermula pada February 2013 sehingga sebelum Mensyuarat Agung Tahunan yang dirancang pada hujung tahun. Ahli yang gagal membayar yuran tahunan akan diberi surat peringatan. Jika dalam masa tempoh satu (1) bulan dari tarikh dikeluarkan, ahli masih tidak dapat membayar yuran tahunan tunggakan, secara automatik nama ahli akan digugurkan dari Kelab..
Harap Maklum.