Friday 1 March 2013

Senarai Ahli Mac 2013

Berikut adalah senarai Ahli sehingga bulan 1hb Mac 2013 yang berjumlah 19 orang.

HELMAN
MOHAMAD SHAHRIL
MOHAMAD NASIR
JEFRI
ABDUL
ISMA YUSS
JOHARI
KAMAROLZAMAN
KHAIROL ANWAR
MOHD SABRI
MOHD NAJIB
MUHAMAD HAFIZULLAH
RAMIDI
SAIFUL BAHRI
KAMALRUDIN
AQRAM
AZIZI
ABDUL KALIP
HISAM

Tuesday 5 February 2013

Tempahan T-Shirt Pertama

Alhamdulillah,
 
Semalam tuan Presiden, Bendahari dan Ahli yang lain telah menempah T-shirt kelab yang berharga RM25 sehelai. Jumlah tempahan adalah 37helai. Dijangkakan tempahan akan siap untuk diambil pada penghujung bulan ini. Diharap dengan kehadiran T-shirt kelab ini akan menyemarakkan lagi semangat di kalangan ahli CMMC.
 
 
Tempahan seterusnya adalah Kemeja Rasmi CMMC yang berharga dalam lingkungan RM55.

Monday 4 February 2013

Akaun Kelab CMMC

Assalamu'alaikum.
 
Akaun semasa kelab telah pun dibuka dengan pendaftaran ke atas CMMC Resources. Berikut adalah maklumat akaun.
 
Nama Akaun : CMMC Resources.
Bank : CIMB
No Akaun : 0415 0001055 109  
Penandatangan Cek : Setiausaha
 
Bendahari hanya boleh memegang sejumlah wang sebanyak RM300 sahaja pada setiap masa. Selebihnya akan dimasukkan ke dalam akaun kelab.
 
Kehadiran akaun  kelab ini untuk memudahkan proses pembayaran dan kemasukan jika kelab mendapat dana. Ini juga untuk memudahkan ahli kelab membuat pembayaran secara deposit machine jika tidak dapat membayar secara hantaran tangan (by hand). Sila simpan segala resit untuk rujukan.
 
Diharap dengan kehadiran akaun semasa ini akan dapat melancarkan perjalanan kelab CMMC.
 
Harap maklum.

Monday 28 January 2013

Konvoi ke PD 11/02/2013

Pada 27hb January, AJK tertinggi telah bermesyuarat akan mengadakan konvoi ke Port Dickson pada cuti tahun baru cina ini. Butiran seperti berikut;

Perkara : BERKONVOI KE PORT DICKSON
Hari dan Tarikh : Isnin 11hb Februari 2013
Masa : 8:00pagi berkumpul di Hutan Rekreasi Sg Udang

Setiap keluarga digalakkan membawa makanan dan peralatan untuk bersantai di pantai Port Dickson.

Harap Maklum.

Sunday 13 January 2013

Meeting Agenda 13/01/2012

Assalamualaikum,
 
AJK dan Ahli-ahli telah bermesyuarat santai pada 13/01/2012 dan telah memutuskan perkara berikut;
 
 
Yuran Bulanan RM10
 
Setiap ahli di wajibkan untuk membayar RM10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) pada setiap bulan bermula pada bulan Februari 2013. Ini untuk memudahkan perjalanan aktiviti Kelab dari masa ke semasa. Ahli yang GAGAL membayar yuran bulanan ini secara 3 bulan berturut-turut, akan diberi surat amaran. Jika pada bulan ke empat (4) masih gagal untuk membayar yuran bulanan yang tertunggak, ahli tersebut secara automatik akan digugurkan dari Kelab.
 
 
Sumbangan Kelab kepada ahli.
 
Beberapa sumbangan kepada ahli kelab akan dibuat berdasarkan peristiwa berikut;
  1. Kematian ahli keluarga; adik beradik, ibu atau bapa ahli Kelab
  2. Kelahiran anak ahli kelab
  3. Majlis perkahwinan ahli kelab
 
Yuran Tahunan RM30 bagi tahun 2013
 
Ahli perlu membayar RM30 untuk yuran tahunan bermula pada February 2013 sehingga sebelum Mensyuarat Agung Tahunan yang dirancang pada hujung tahun. Ahli yang gagal membayar yuran tahunan akan diberi surat peringatan. Jika dalam masa tempoh satu (1) bulan dari tarikh dikeluarkan, ahli masih tidak dapat membayar yuran tahunan tunggakan, secara automatik nama ahli akan digugurkan dari Kelab..
 
 
Harap Maklum.

Thursday 10 January 2013

Mesyuarat 13/01/2013

Assalamualaikum CMMC,

Mesyuarat santai bulan Jan akan di adakan seperti berikut;

Tempat : Restoran Nasi Ayam Belanga, Jalan Pulau Gadong. (sila tengok peta di bawah)
Hari, Masa dan Tarikh : Sabtu, 9:00malam, 13hb Jan 2013
Agenda : Lepak-lepak santai sebelum jalan-jalan di malam minggu.

Kehadiran di wajibkan pada AJK tertinggi. Mana-mana ahli lain di galakkan hadir.

*Makan minum tanggung sendiri ya.

Jumpa anda di sana



Lihat Peta yang Lebih Besar

Tuesday 8 January 2013

Ahli Baru 8/1/2013

Assalamualaikum,

Selamat datang kepada ahli baru berikut yang telah secara rasminya berdaftar pada 8/1/2013.

No Ahli : 027
Nama : AZIZI BIN AB AZIZ
Alamat : Paya Rumput, Melaka
Umur : 32 Tahun
Majikan : Porshell

No Ahli : 028
Nama : ABDUL KALIP BIN SABTU
Alamat : Bukit Lintang, Melaka
Umur : 40 Tahun
Majikan : Porshell

No Ahli : 029
Nama : HISAM BIN BAHARAN
Alamat : Telok Mas, Melaka
Umur : 38 Tahun
Majikan : Porshell

Saya dari pihak CMMC mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian saudara-saudara untuk menurut serta dalam CMMC. Semoga dengan bertambahnya ahli baru ini, maka bertambah cerialah warga CMMC. Harapan kami kita akan setia sepakat dalam memajukan nama kelab.

Sticker kereta dan Tag akan diserahkan dalam sedikit masa lagi.

-Setiausaha-