Thursday, 27 September 2012

Borang Pendaftaran

Bagi yang ingin mendaftarkan diri menjadi Ahli CMMC, di sini disertakan borang rasmi. Bayaran RM60 (RM30 pendaftaran dan RM30 tahunan) perlu disertakan ketika borang di beri pada individu yang di lantik.
 
Pastikan segala maklumat dan data yang diberikan adalah lengkap. Jawatankuasa CMMC berhak untuk menolak borang pendaftaran yang tidak lengkap tanpa sebarang notis.
 

Setiausaha

Wednesday, 26 September 2012

Senarai Ahli 2008

Sehingga tahun 2008, secara rasminya jumlah ahli berdaftar kami seramai 25 orang seperti berikut;



Oleh kerana pada tahun ini, terdapat beberapa orang yang ingin melihat Kelab kembali aktif, maka pertambahan ahli akan berlaku. Akan dikemaskini selepas mesyuarat yang akan datang.

Setiausaha.

Undang-Undang Kelab

Buku Undang-Undang Kelab CMMC
 
 
Dalam setiap pertubuhan berdaftar adalah wajib untuk mempunyai Undang-Undang Kelab sendiri. Maka KELAB kami juga mempunyai undang-undang sendiri yang mempunyai 17 Fasal. Antara fasal-fasal tersebut adalah mengenai Tujuan/Matlamat penubuhan, Keahlian, Pendaftaran, Mesyuarat dan lain-lain.

Berdasarkan Fasal 5 (4) Undang-Undang KELAB

             "Ahli yang telah diluluskan permohonannya, dikehendaki memahami dan mematuhi undang-undang Kelab ini setelah diberikan senaskah undang-undang"

maka keseluruhan undang-udang tersebut tidaklah dapat di paparkan di sini. Tetapi untuk tujuan lain kami sertakan sedikit maklumat berikut.
 
 
Fasal 5 : KEAHLIAN
(1) Keahlian Kelab ini terdiri dari dua (2) kategori;

(a) Ahli Biasa terbuka terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan tinggal di negeri Melaka, mempunyai lesen memandu yang sah dan memiliki kenderaan sahaja. Ahli Biasa mempunyai hak bersuara, mengundi dan bertanding di dalam Mesyuarat Agung Kelab.

(b) Ahli Bersekutu terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Ahli Bersekutu tidak berhak untuk mengundi dan diundi untuk memegang jawatan di dalam Kelab.


Fasal 6 : BAYARAN PENDAFTARAN, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran yuran yang perlu dijelaskan oleh Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu adalah seperti berikut ;

Yuran Pendaftaran  : RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja)
Yuran Tahunan   : RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja)

Kalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sertailah kelab kami.

Setiausaha.

Aktiviti Riadah 2008

Selepas beberapa tahun berlalu, disebabkan ramai ahli yang tidak aktif dan adanya kemasukan ahli baru, kami telah mencadangkan agar satu sessi pengumpulan semula ahli-ahli kelab. Maka kami telah mengadakan satu sessi riadah bersempena juga tahun baru 2008.
 
Lokasi : Tanjung Bidara, Melaka
Tarikh : 1hb January 2008
 
Berkumpul di Sungai Udang dulu

Acara makan-makan - barbeque
Acara brainstorming untuk mesyuarat akan datang

Sesungguhnya kami semua merindui saat-saat kami bersama-sama.

Setiausaha

Sijil Pendaftaran 2005

Atas usaha sebagai pasukan perintis dan dengan berbekalkan semangat pasukan untuk melihat kelab kenderaan kami pergi lebih jauh, kami telah pun mendaftarkan kelab kami berdasarkan Syeksen 7 Akta Pertubuhan 1966. Maka pada 28hb April 2005 kelab kami telah didaftarkan di Pendaftaran Pertubuhan Melaka sebagai nama "KELAB PEMOTORAN C-RIOUS, MELAKA" bernombor pendaftaran 0760-05-8.

Sesungguhnya banyak yang kami tempuh sepanjang perjalanan untuk menjadikan Kelab kami sebagai pertubuhan rasmi. Bayangkan dari Julai 2004 hingga April 2005, selama 9 bulan kami berusaha berhempas pulas, akhirnya penat jerih kami berbaloi dengan adanya sekeping sijil ini.
 
Sijil Rasmi Kelab
 Setiausaha

Mesyuarat Penaja 2004

Sebahagian gambar yang di ambil pada mesyuarat penaja penubuhan kelab pada tahun 25hb Julai 2004 lokasi di Balai Raya Taman Rambai Utama.

10buah kenderaan pasukan perintis yang hadir.
Kelihatan setiap kereta mengunakan logo tidak rasmi sebelum di cabut selepas selesai mensyuarat penaja
 
Antara ahli perintis yang hadir. Di tika ini juga ada yang menarik diri kerana komitmen yang lain
 Setiausaha

Kata-kata Aluan

Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, dengan rahmat dan kurnianya, hari ini CMMC telah mewujudkan satu blog rasmi untuk segala maklumat dan aktiviti yang telah dan bakal di adakan.
 
Harapan kami, dengan sokongan ahli dan anda sekalian, semoga CMMC terus maju dan aktif untuk masa-masa akan datang.

Yang benar
Setiausaha CMMC.