Wednesday 26 September 2012

Undang-Undang Kelab

Buku Undang-Undang Kelab CMMC
 
 
Dalam setiap pertubuhan berdaftar adalah wajib untuk mempunyai Undang-Undang Kelab sendiri. Maka KELAB kami juga mempunyai undang-undang sendiri yang mempunyai 17 Fasal. Antara fasal-fasal tersebut adalah mengenai Tujuan/Matlamat penubuhan, Keahlian, Pendaftaran, Mesyuarat dan lain-lain.

Berdasarkan Fasal 5 (4) Undang-Undang KELAB

             "Ahli yang telah diluluskan permohonannya, dikehendaki memahami dan mematuhi undang-undang Kelab ini setelah diberikan senaskah undang-undang"

maka keseluruhan undang-udang tersebut tidaklah dapat di paparkan di sini. Tetapi untuk tujuan lain kami sertakan sedikit maklumat berikut.
 
 
Fasal 5 : KEAHLIAN
(1) Keahlian Kelab ini terdiri dari dua (2) kategori;

(a) Ahli Biasa terbuka terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan tinggal di negeri Melaka, mempunyai lesen memandu yang sah dan memiliki kenderaan sahaja. Ahli Biasa mempunyai hak bersuara, mengundi dan bertanding di dalam Mesyuarat Agung Kelab.

(b) Ahli Bersekutu terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Ahli Bersekutu tidak berhak untuk mengundi dan diundi untuk memegang jawatan di dalam Kelab.


Fasal 6 : BAYARAN PENDAFTARAN, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran yuran yang perlu dijelaskan oleh Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu adalah seperti berikut ;

Yuran Pendaftaran  : RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja)
Yuran Tahunan   : RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja)

Kalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sertailah kelab kami.

Setiausaha.

No comments:

Post a Comment