Pada hari Isnin 8hb October, setiusaha (SU) telah menggerakkan agenda yang telah di bincangkan. Antaranya,
1. Pendaftaran Kelab di Pejabat Pendaftar.
Selepas 8 tahun berlalu, kali ini kehadiran SU ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) adalah untuk mendapatkan borang pendaftaran pertubuhan baru. Tetapi SU telah mendapat berita yang mengujakan. Antaranya pejabat pendaftar telah memberitahu mulai 1hb Julai 2012 semua pendaftaran boleh di lakukan secara atas talian (online). Tidak lagi perlu menghantar borang secara by hand atau pos.
Pendaftaran online boleh di lakukan dengan melawati laman sesawang http://www.eroses.gov.my/.
Di situ SU perlu mendaftarkan sebagai pengguna baru untuk mendapatkan ID dan kata laluan. Seterusnya mengikuti segala prosedure dan langkah untuk mendaftarkan kelab.
Antara lain kelebihan mendaftar secara atas talian ialah;
- JPPM telah menyediakan 2 pilihan untuk perlembagaan pertubuhan baru. Samada perlembagaan boleh di buat sendiri atau menggunakan format dari JPPM di mana SU hanya perlu mengisi tempat kosong.
- Sebelum padaftaran atas talian ini, pertubuhan baru perlu membatalkan setem hasil sebanyak RM30 tetapi kali ini pembayaran boleh di buat terus dengan menggunakan samada Maybank2u atau CIMB Cliks.
- Pendaftaran baru hanya memerlukan masa 5 hari bekerja untuk di proses. Sebelum ini perndaftaran kelab kami mengambil masa selama 9 bulan!
- Sijil secara e-certificate akan di kemukan dari eroses.gov selepas pendaftaran di luluskan.
SU ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pejabat JPPM kerana mempertingkatkan urusan pengguna dengan JPPM. Kini segala urusan boleh di lakukan tanpa perlu keluar dari tempat kerja atau terpaksa meluangkan masa cuti untuk urusan rasmi yang menjadi masalah pada SU sejak sekian lama.
2. Pendaftaran SSM untuk anak syarikat sementara
Pada hari yang sama, SU telah ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan syarikat sementara bagi kelab dalam menguruskan urusan jual beli cenderamata dan pakaian kelab. Maka CMMC Resources telah di daftarkan dengan no pendaftaran MA0175305-T dengan bayaran RM60 selama 5 tahun.
Harapan kami kelab kami akan terus maju dan aktif di dalam Negeri Melaka.
Selepas ini SU kena meluangkan masa untuk membuka akaun syarikat CMMC Resources.
-Setiausaha-
Selepas ini SU kena meluangkan masa untuk membuka akaun syarikat CMMC Resources.
-Setiausaha-
No comments:
Post a Comment